nuffnang

Monday 25 July 2011

kenanGan..

jam menunjukkan sudaa pkul 3 pg,,tp mlm nie,,aq x ngantok sbb td aq dh tidoo lam pkul 11 lebih tp aq bgn pkul 1.30 pg td,,so skrg dh x ngantok,,hmmm..x thu laa nk buat apa pg2 nie,,hmm
bila sunyi2 mcm nie,,tiba2 teringat kisah2 lampau,,kenangan yg x akan aq lupakan dlm hidup aq,,hmm bercakap psal hidup..seringkali aq terfkir,,bila laa agaknay aq akn pergi mengdapanya,,adakah segala amalan ku selama nie Allah aq trima,,hmmm,,,skrg nie,,tiba2 jer aq rindukan family aq,,aq harap diowg semua sihat2 blaka,,,,nasib baik minggu nie dpt blik,,,mgkin owg akan kata aq ank manja sbb slalu pulang,,tp hakikatnya mreka x thu yg mk aq 2 sakit,x bleh buat kije berat,,nk harap adik aq yg bongsu 2,,dia pon sibuk sbb thn nie dia dh nk ambik UPSR..so aq sbgai kakak harus lah menjaga mak aq,,,

hmmm kadang2,,aq rasa sunyi sgt2,,seolah2 hidup aq nie xde mkne apa2,,tp bila difkirkan blik,,ermm mungkin dri ini terlalu jauh dr yg maha kuasa,,,mgkin sbb 2,,jiwa nie terasa begitu kosong,,,kosong,,sekosongnya,,hmm,,,Ya allah bantulah hamba mu yg lemah nie,,jgn lah sesekali engkau pesongkan hati ini Ya Allah,,dan letakkan aq dilandasa mu yg benar Ya Allah,,

sejak masuk sem 5 nie,,assigment semakin bertambah-tambah,,subjek2 untuk sem nie,,smuanya mencabar blake,,hmm aq x thu laa mcm mne result utk sem 5 nie,,tp aq dh nekad wlau mcm mne pon aq nk result sem 5 lebih baik dari sem2 yg lepas..itu laa  iat aq waktu mula2 aq daftar sem 5..tp entah sikap mls nk ngulangkaji 2,,masih x dpt dihakis,,,aq pon cuba kawal gak msalah aq nie,,huhuhu,,tp x thu laa berjaya ke x..sbb aq rasa aq makin teruk ada laaa.hhuhuhuhuhu,,xpe sekurangnya kita dh cuba untuk mengawalnya kn,,hikhikhikhik...




tadi wak2 jln2 nk pie beli mknan kn,,tetiba jer aq teringat kt seseowg 2,,hmmm agaknya dia tgh buat apa yer,,,mengharap pd sesuatu yg x pasti  tp itu adlah kisah dlu2..skrg nie,,aq dh buang dia jauh2,,,dia sudah menjadi kenangan hidup aq,,so aq x leh laa nk buang dia trus kn sbb suatu mse dlu dia pernah buat aty aq nie berbunga bhagia,,tp itu dlu laaa,,,hikhikhik,,,mcm lgu alyah 2 kn,, x mungkin kerana syg,,kdg2 aq terbayang,,hakhahakhakhakhak...dh laa stakat nie laa dlu,,t kang aq mengarut-ngarut lebih2 plak aq,,slmt pagi yer semua yg membaca blog nie,,,ermm kalu anda rasa ada sesuatu yg ingin nyatakan selepas bce blog sy,,sila komen,,,sy trima semua komen anda dgn hati yg terbuka,,k,,daaaa

Tuesday 12 July 2011

khas untukmu teman,,


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Monday 11 July 2011

keyakinan diri...


Keyakinan diri adalah penting untuk menguruskan segala aktiviti didalam kehidupan seseorang. Ini kerana adalah mustahil untuk anda sentiasa bergantung terhadap orang lain. Pasti mereka mempunyai urusan tersendiri yang perlu diuruskan terlebih dahulu sebelum dapat membantu anda. Adakah anda sanggup untuk menangguhkan satu-satu tugasan hanya untuk menunggu bantuan orang lain sedangkan anda sendiri mampu untuk menyiapkannya? pasti tidak bukan. Keyakinan diri adalah merupakan satu proses yang berterusan untuk anda sentiasa meningkatkan taraf keyakinan anda. Di dalam artikel ini adalah merupakan cadangan tentang bagaimana cara meningkatkan keyakinan diri yang mungkin dapat membantu anda.
(1) Bina keyakinan diri melalui pencapaian- Anda pelu terlebih dahulu mengetahui apakah pencapaian yang membawa makna untuk anda. Sentiasa cuba tingkatkan pencapaian anda dari satu tahap ke tahap yang lebih baik untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Jangan sesekali cuba membandingkan pencapaian orang lain didalam kehidupan anda. Ini kerana apabila anda berfikiran seperti ini, ia secara automatik akan mengurangkan lagi keyakinan didalam diri anda. Pantau setiap pencapaian yang telah anda lakukan dan cuba bina keyakinan diri melaluinya. Ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk melaksanakan tugasan yang lebih mencabar.
(2) Bina minda yang kuat- Pemikiran adalah perkara yang mempengaruhi setiap tindakan seseorang. Sebelum anda melakukan apa-apa pasti otak anda akan terlebih dahulu memikirkannya. Apabila otak anda memikirkan anda mampu untuk melakukannya, secara tidak langsung tindakan anda akan menjurus untuk melakukan sesuatu perkara itu. Begitu juga untuk membina keyakinan diri, sekiranya minda anda yakin untuk melakukan sesuatu, secara automatik pasti tubuh anda mampu untuk melaksanakannya. Tetapi ia sebenarnya memerlukan latihan dan pemakanan yang baik. Mulakan latihan minda anda daripada sekarang.
(3) Menjaga penampilan- Hasil pendapat pakar psikologi menyatakan bahawa, seseorang akan berasa lebih yakin melalui apa yang mereka cuba tampilkan. Sebagai contoh, anda menjaga penampilan diri anda sentiasa kemas dan kelihatan bersih, ia secara tidak langsung mewujudkan keyakinan didalam diri anda. Pasti anda akan lebih berasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, berkomunikasi dan sebagainya. Penampilan juga adalah penting untuk membuatkan orang lain berfikiran positif terhadap diri anda. Apabila orang lain berfikiran positif, anda juga akan turut berfikiran positif mengenai diri anda.
(4) Memahami konsep keyakinan diri- Untuk anda sentiasa berasa yakin terhadap diri sendiri, anda perlu terlebih dahulu memahami apakah konsep keyakinan diri. Seperti yang telah dinyatakan diatas tadi, ia adalah merupakan proses yang berterusan. Ia bermakna apabila anda tidak berasa yakin untuk melakukan sesuatu, anda perlu membinanya sehingga anda berasa yakin. Begitu juga untuk proses seterusnya yang pasti lebih mencabar. Ini akan membuatkan pemikiran anda sentiasa positif dan secara tidak langsung, anda sebenarnya telah sentiasa mencabar diri anda untuk menjadi yang lebih baik. Pasti sampai ke satu tahap anda dapat merasakan bahawa keyakinan diri anda telah meningkat. Apabila anda menghadapi masalah yang sebelum ini anda pernah hadapinya, pasti tidak akan timbul kesukaran untuk anda menyelesaikannya.

Friday 8 July 2011

wahh,,,bln tujuh sudaaa..mknanya..dh dekat nk pose kita semua yer,,,wowww mcm x cye...sekejap jer mse berlalu,,pejam celik-pejam celik dh nk puasa kita upanyer,,ish3...sekejap bebenor..
hmm ary nie ary jumaat,,penghulu segala hari,,dan hari nie blik aq sunyi jer,,sbb kwn2 yg lain smua blik kg,,aq jer,,yg x blik bkn apa lau blik mesti aq x study..dh laa sem nie,,,semua subjek killer..pehhh...mmg teruk arr..keadaan aq skrg nie,,hmm tp still bnyk main2 lam klass,,lau bab ngantok 2 x yah citer arr..sapa x knal lg kaki tidoo lam klass nie,,hehehe ngaku,,
  ermm hari ahad final choral speaking,,  aduii skrip pon x ingat lg,,haduii..mlssnyaa,nk ngafal,,bkn apa pnjg sgt skrip 2,,dh laa kita nie ssah nk sebut bi,,nasib baik x terbelit lidah nie,,,aduii,,,,dasat2
semangat satu pasukan
ermm skrg nie pon duk ngafal psak tahap perkembang bayi cz esk cik nk soal..pehhh bnyk yer knal hafal...aaaaaaa.............help me.....



      waduh..ok laa kt sni jer dlu..sbb dh blurr nk tlis apa..tp nanti aq nk citer pengalaman aq msuk choral speaking stelah hampir 8 thn aq tggal kn choral speaking,,akhirnya thn nie kne msuk jgak,,tp wlaupon agak janggal sbb lme x praktik tp ats sokongan kwn2..akhirnya dpt jgak buat..n sebagai hadiah dr semangat satu pasukan akhirnya kitaowg terpilih utk ker final,,Alhamdulillah...doakan kami semua utk final nanti yer,,,daaaa