nuffnang

Monday 26 September 2011

sekadar utk renungan bersama..huhu

hmm...mlm nie aq nk kongsi sesuatu yg aq dpt dari kwn fb aq laa..aq slalu jugak terbce wall dia..and setiap kali dia post kata2 kt wall dia 2..pehhh mmg best blake..so ary nie aq share laa jugak ngan korg apa yg aq dapat..hmm mybe bg sesetengah org kata yg diungkapkan nie hanya benda biasa,,tp kalu difahamkan btul2 mmg mempunyai maksud tersirat dan tersurat..so inilah salah satu post yg amat aq berkenan:

Jodohku.. disetiap langkahku dan seusai solatku.. ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.. Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. Jangan sampai kau tersalah jalan sayang.. Jodohku.. nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas karena Allah Jodohku.. Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.. ..





dan ini post dia yg terbaru..jom bce:





Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku.. Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu.Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajiban yg harus kita penuhi.Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya? Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?

No comments:

Post a Comment